Hamidi with Prof Salleh at former house of Snouck Hurgronje

Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar berada di Universiti Leiden terlibat di dalam bidang Pengajian Melayu dan Perbandingan Literasi, (Malay Studies and Comparative Literature). Beliau memegang kerusi Eropah untuk pengajian Melayu di International Institute for Asian Studies (IIAS) dari 4 Februari 2005 hingga 4 Februari 2006. Prof. Dr. Md Salleh Yaapar sebelum berasal dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan beliau kini menumpukan kajian didalam “Hubungan Melayu-Belanda : Hang Tuah Di Belanda” Kerusi Eropah untuk Pengajian Melayu telah diwujudkan di Universiti Leiden dan IIAS Sejak tahun 1992. Selain mengajar literasi Malaysia-Indonesia di Pengajian Bahasa dan Budaya Asia Tenggara dan Ocenia beliau juga terlibat didalam menyelia pelajar didalam program pengajian Islam.

Snouck Hurgronje yang tercatat dalam sejarah pernah berada di Acheh dan memeluk Islam serta sempat berkahwin di sana. Beliau pernah ke Mekah dan akhirnya beliau kembali ke Leiden sebagai salah seorang ahli akademik. Berdasarkan catatan sejarah, Snouck Hurgronje membawa pulang sebanyak 185 manuskrip Melayu lama seperti Wasiat Nabi 1- ditulis pada tahun 1279 Masihi, 48 halaman ditulis di Acheh dan didalam tulisan jawi dan Bidayat al-hidayah setebal 248 halaman dan ditulis pada tahun 1170 Hijrah.

Sedutan dari http://azwiralbukhairi.blogspot.com/2005_05_01_archive.html

Share your love

Newsletter Updates

Enter your email address below and subscribe to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *