Book Appointment Now

Laporan dari London: Perhimpunan Melayu UK erat hubungan
- On
- InUncategorized
Daripada Zaharah Othman
RAMAI keluarga Melayu yang dilahir dan dibesarkan di United Kingdom sanggup menghantar anak mereka pulang ke Malaysia untuk lebih mengenali budaya dan agama selain bermesra dengan keluarga.
Selalunya mereka mengambil peluang cuti sekolah yang panjang untuk berbuat demikian. Bagaimanapun tidak semua boleh berbuat demikian dan memadailah dengan belajar budaya dan agama di rumah sendiri, dibimbing ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pertubuhan Masyarakat Melayu UK mengambil inisiatif membawa keluarga Melayu yang bermastautin di sini meluangkan masa bersama sepanjang hujung minggu panjang pada Mei untuk mengenali satu sama lain menerusi pelbagai aktiviti, seperti ceramah, kelas agama, solat berjemaah dan kegiatan lain seperti memanah, mencari harta karun dan lain-lain.
Pada hujung minggu ini, lebih 100 keluarga berkumpul di Kibblestone Scout Camp di Staffordshire, sebuah kawasan besar di tengah England. Ini tahun keempat persatuan itu mengadakan perhimpunan keluarga yang bukan saja membawa keluarga Melayu Malaysia, tetapi juga Melayu Sri Lanka dan Afrika Selatan. Ramai juga yang berkahwin dengan orang tempatan membawa suami atau isteri dan anak-anak masing-masing.
Tiga hari setahun mungkin bukan tempoh yang lama tetapi, masa yang dikongsi bersama ini, tidak kira melalui aktiviti jasmani, atau bertukar pendapat, akan tetap meninggalkan kesan.
Aktiviti sebegini akan disusuli pula dengan penubuhan unit keluarga, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha bersama dan yang terakhir, projek pertukaran belia.
Projek ini akan diusahakan bersama dengan Kumpulan Pengkaji Tamadun Dunia dengan Persatuan Melayu UK, yang diketuai usahawan Melayu, Hamidi Abdul Rahman yang sudah lama bermastautin di UK.
Tiga puluh anak muda Melayu dari UK akan pulang ke Malaysia dan tinggal bersama keluarga angkat di Negeri Sembilan, hujung tahun ini selama 10 hari.
Selepas itu, keluarga Melayu di UK pula akan menjadi tuan rumah kepada 30 anak muda dari Malaysia. Pertukaran seperti ini amat bernilai kepada belia berkenaan.
Setiausaha Kewangan persatuan, Azam Ashari berkata, perhimpunan seperti itu sangat bermanfaat kerana dapat merapatkan masyarakat Melayu di UK.
“Di sini yang tua bertemu yang muda. Mereka akan menceritakan pengalaman masing-masing.
“Kanak-kanak membuat persembahan pentas atau nasyid manakala mereka yang lebih tua menceritakan pengalaman datang dan bekerja di negara ini tiga puluh atau empat puluh tahun dulu,â katanya.
Perhimpunan keluarga tahun ini pasti mengulangi kejayaan tahun lalu dengan sambutan meriah dari semua pihak. Kegiatan persatuan Melayu UK boleh didapati di lama web www.melayu.org.uk
Sumber: Berita Minggu 28 Mei 2006
Newsletter Updates
Enter your email address below and subscribe to our newsletter