Book Appointment Now

Teuku Abdul Hamid: First Malay Envoy to Visit Holland
Sejarah Teuku Abdul Hamid ke Belanda bermula dengan insiden tahun 1600. Tahun 1600, dua utusan Belanda Gerard de Roy dan Laurens Bierken ke Aceh menyampaikan surat Pemaisuri Maurits yang memohon maaf kepada Sultan Acheh ketika itu Sultan Alauidin Riayat Syah memohon peristiwa salah faham dan pembunuhan Cornelis de Houtman dan utusan Sultan Acheh ketika itu Syahbandar dan seorang kerabat Sultan Acheh. Sebagai balasan 30 orang tawanan Belanda yang terlibat didalam pertelingkahan tersebut dibebaskan dan Sultan Acheh telah menghantar perutusan muhibbah ke Belanda sebagai lawatan balas. Tiga pembesar Acheh tersebut iaiti Seri Maharaja Laksamana Muhammad, Orang Kaya Mangkubumi Teuku Abdul Hamid dan Orang Kaya Inderawangsa Amir Hasan.
Ketiga-tiga mereka disambut di Belanda disambut dengan penuh kebesaran. Urusan makan dan minum mereka diuruskan dengan cara Islam. Namun begitu, Orang Kaya Mangkubumi Teuku Abdul Hamid pada usia 71 tahun meninggal dunia sejurus selesai mengambil wuduk sebelum solat subuh. Rombongan ini telah pulang ke Aceh pada tahun 1601. Peristiwa ini berlaku 26 tahun setelah Universiti Leiden ditubuhkan, menggambarkan perkembangan dan pertukaran ilmu telah mula subur di Belanda. Orangkaya Mangkubumi Teuku Abdul Hamid telah dikebumikan di Oude Kerk (Gereja Lama) betul-betul terletak di tengah Bandar Middleburg. Namun begitu, kehadiran kami disitu gagal menemui kubur sebenarnya beliau. Menurut seorang sukarelawan di situ, kawasan gereja dan seluruh Bandar ini telah teruk musnah dibom semasa Perang Dunia sebelum itu. Oleh itu kesan peninggalan kubur lama tidak dapat dikenalpasti. Namun begitu, sebuah plat tembaga yang mencatatkan sejarah Teuku Abdul Hamid telah dipasang pada 24 Oktober 1978.
Middleburg yang terletak didalam kedudukan seperti tanjung dibahagian selatan Belanda bersempadan dengan Belgium. Kawasan terusan Westerschelde yang agak terlindung dengan lautan (Lautan Atlantik) yang terbuka mengambarkan kesesuaian sebagai sebuah pelabuhan yang menerima kehadiran rombongan Kerajaan Acheh. Sudah pasti imiginasi penulis cuba menggambarkan betapa jauhnya perjalanan mereka (ketika itu tidak ada Terusan Suez lagi) dengan kekuatan ilmu lautan dan kegigihan rombongan Acheh menggambarkan Acheh sebagai sebuah kerajaan besar yang tidak boleh dikesampingkan setelah kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511.
Sedutan dari http://azwiralbukhairi.blogspot.com/2005_05_01_archive.html